Setiap orang dan pasangan  memiliki impian nak membeli rumah, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab bagi peluang untuk saya memiliki sebuah rumah. Ceritanya bermula pada akhir tahun 2017 sewaktu saya pergi ke pameran Rumah Prima di Sungai Petani. Saya telah terima email dari pihak prima untuk hadir ke pameran rumah di beberapa projek di wilayah utara. Saya antara orang terawal sampai ke sana. Ramai juga orang beratur untuk mendapatkan nombor giliran.


Sebenarnya proses booking rumah ini tidaklah serumit mana, ada beberapa fasa, mula-mula semakan ctos, semakan kelayakan dan proses pemilihan unit rumah. Lepas tu lantikan peguam, proses pinjaman perumahan mengikut pilihan, samada bank atau pinjaman kerajaan. Sebenarnya hampir semua proses di lakukan oleh pihak peguam. Tugas anda cari pembiayaan  pinjaman perumahan samada loan bank atau LPPSA. 

Saya telah berjaya untuk 'booking' se-unit rumah teres berkembar setingkat di Projek Perumahan Prima Sg Petani 1. Ukuran keluasan lot tanah 30 X 85. Harga Rm 212,888. Pada waktu itu.

Proses booking rumah  ini sebenarnya bukanlah penentu rumah ini akan jadi milik anda. Banyak perkara di ambil kira seperti gaji bulanan, komitmen bulanan, rekod ctos dan lain-lain. Pendek kata kalau semua OK, barulah anda boleh pergi ke langkah seterusnya. Sekiranya rekod kewangan anda kurang memberangsangkan booking  lot rumah anda mungkin akan dibuka kepada orang lain.

Proses pembelian rumah akan melibatkan peguam, jadi anda perlu cari peguam yang mahir dan mengendalikan proses pembelian rumah. Ada banyak kelebihan dan manfaat kalau kita pembeli rumah pertama, contohnya ada potongan atau pengecualian duti setem mengikut peratusan harga rumah. Bermula tahun 2021, kerajaan telah memansuhkan duti setem untuk pembeli rumah pertama. Jadi mmg untunglah kalau beli rumah tahun 2021. Apa itu duti setem? Duti setem tu sebenarnya adalah pertukaran hak milik dan surat perundangan jual beli S&P, pinjaman rumah (semua ni peguam yang uruskan).

Bagi pekerja sektor swasta, anda haruslah mencari pembiayaan di Bank. Banyak bank yang menawarkan pembiayaan perumahan dengan kelebihan masing-masing. Anda kenala survey bank mana yang paling berbaloi. Bagi pekerja sektor awam, anda boleh menggunakan pembiayaan perumahan kerajaan iaitu LPPSA.

Saya menggunakan LPPSA, proses LPPSA ini makan masa, jadi anda kenala sabar dan selalu berhubung dengan pihak LPPSA untuk mengetahui perkembangan pembiayaan perumahan anda. Kalau ikut pengalaman saya potongan pembiayaan LPPSA ini bermula 5-7 bulan lepas anda dapat kunci rumah.

Mula-mula potong tu mmg terasa sakit, rasa seram sejuk bila tengok gaji tinggal separuh. Tapi bak kata pepatah biar kita bersusah dahulu, bersenang kemudian. Tidak rugi kalau kita beli rumah waktu muda. Sebab potongan masih rendah. Insya Allah Gaji pun setiap tahun naik.

Saya doakan sahabat yang belum memiliki rumah mudah-mudahan Allah murahkan rezeki untuk membeli rumah.