Burung Kasuari burung paling berbahaya di dunia.


Burung Kasuari

 Kita kerapkali tersalah anggap burung unta atau ostrich dalam bahasa inggeris adalah sama jenis dengan burung kasuari. Admin waktu dulu-dulu memang anggap burung adalah spesis yang sama. Rupanya burung ini berbeza. Bulu burung unta berwarna Coklat gelap dan kadangkala berwarna hitam. Manakala lehernya sedikit panjang dan berwarna coklat.

Tetapi burung kasuari ini  juga berwarna hitam, cuma yang membezakan burung ini mempunyai leher yang berwarna gabungan biru,merah,ungu dan oren. Burung kasuari ini lebih comel berbanding burung unta. Burung Kasuari juga mempunyai tanduk seperti 'ultraman'

Di sebalik kecantikan burung kasuari ini, Jangan sesekali kita leka dan seronok untuk memegangnya. Burung ini amat agresif di habitat asal, Burung Kasuari juga mempunyai kemampuan untuk membunuh. Di fahamkan terdapat beberapa kes kematian manusia yang disebabkan oleh serangan burung ini. 

tetapi bagaimana Burung Kasuari ini mampu membunuh manusia. Burung Kasuari membunuh mangsa dengan  menggunakan  jari  di kakinya. Ia akan mengejar dengan pantas dan melompat kearah mangsa sambil menghalakan kukunya yang tajam seakan pisau dengan menikam ke arah mangsa. Panjang kuku ini dianggarkan 5 inchi. 



Catat Komen

0 Ulasan